Isnin, 5 September 2011

PROGRAM BACA-RIA PIBG SKBTP 2011


PERATURAN DAN PEMILIHAN PEMENANG
PROGRAM BACA-RIA PIBG SK BANDAR TASIK PUTERI 2011

1.TARIKH PERLAKSANAAN

 1.1 :  Tarikh kutipan derma melalui kad dan aktiviti membaca bermula     dari        1 JULAI hingga 25 OGOS 2011. Tempoh aktiviti adalah selama  sebulan lebih.

 2. PENYERTAAN

 2.1: Syarat-syarat Penyertaan

 2.1.1 Penyertaan adalah terbuka bagi semua murid–murid SK Bandar Tasik Puteri .

 2.1.2 Semua murid dimestikan  membeli sekurang-kurangnya sebuah buku sinopsis untuk menulis ringkasan cerita. Iaitu buku Khas Nilam untuk Program Baca-Ria – aktiviti Bulan Julai hingga Ogos sahaja.

2.1.3Murid-murid akan dibekalkan dengan sekeping Kad Kutipan Derma. Hanya ibu bapa / penjaga yang wajib membuat kutipan.

2.1.4     Murid-murid yang telah melengkapkan buku sinopsis boleh    menambah buku tersebut dengan membelinya di Pusat Sumber Sekolah sebanyak  RM1.50 sebuah

 2.1.5 Tempoh pertandingan membaca dan menulis sinopsis  adalah bermula pada 01 Julai  2011 hingga  22 Ogos 2007.

2.1.6 Semua buku sinopsis dan kad kutipan akan dikumpulkan semula dan diserahkan kepada guru kelas pada 22 Ogos 2007 untuk proses pemilihan pemenang. Keputusan ahli panel adalah muktamad.

2.1.7  Keputusan pertandingan dan majlis penyampaian hadiah akan    diadakan pada hari penutup iaitu pada 24 September 2011


2.1.8  Isi maklumat buku dengan lengkap, kemas dan betul ejaan/tanda baca.

2.1.9 Jujur dalam melaksanakan aktiviti bacaan  ( benar-benar membaca. )

2.1.10  Ibubapa perlu menandatangani buku dan menulis nama di setiap helaian buku bacaan – Buku Nilam Khas Baca-Ria PIBG SKBTP  tersebut.

2.1.11  Boleh membaca buku Bahasa Inggeris ataupun  Bahasa Melayu. 


 3. KEHILANGAN KAD KUTIPAN BACATHON

     3.1  Jika berlaku kehilangan kad, sila buat laporan polis dan maklumkan kepada guru kelas.

     3.2 Setiap kehilangan, bayaran denda yang dikenakan ialah RM50.00 bagi satu kad.


4.   PEMILIHAN PEMENANG

4.1  Kategori Pemenang
4.1.1      :  Hadiah Utama 2 buah netbook untuk 2 tahap.

4.1.2      : Murid-murid membaca buku paling banyak mengikut aliran – 6 buah basikal

4.1.3      : 10 hadiah bagi pembaca terbanyak mengikut aliran :
i.   Tahun 1    -     10 pemenang
ii.  Tahun 2    -     10 pemenang
iii.  Tahun 3    -    10 pemenang
iv. Tahun 4    -     10 pemenang
v.  Tahun 5    -     10 pemenang
vi. Tahun 6    -     10 pemenang

4.1.4      :  3 hadiah saguhati  membaca bagi setiap kelas

4.1.5      : 10 penerima hadiah Kutipan derma terbanyak melalui kad kutipan Baca-Ria

4.1.6      : Kutipan RM100 ke atas murid layak menerima hadiah misteri

*Kutipan RM 400 ( Ringgit Malaysia Empat Ratus ) layak menerima hadiah   khas.

Maka dengan itu, pihak PIBG SKBTP dengan ini memohon kepada ibubapa / Penjaga agar dapat memulangkan kad-kad kutipan seberapa segera kepada guru-guru kelas anak masing-masing. 

Majlis Penutupan Program ini akan diadakan pada 24 September 2011 ( Sabtu ) bermula jam 8.00 pagi. Semua ibubapa/Penjaga dan murid-murid dijemput hadir untuk memeriahkan lagi majlis penutupan ini. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Cikgu Mazly 0136281882

0 ulasan:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by ZHAFRAN STUDIO | Bloggerized by SKBTP - Premium Designer | Best Design Rates