Rabu, 18 Januari 2012

MESYUARAT AGUNG PIBG SKBTP 2012

Makluman kepada Ibubapa Murid SKBTP 2012....
Mesyuarat Agung PIBG SKBTP Bagi Tahun 2012 akan diadakan pada 11 Februari 2012 bermula pada jam 8.00 pagi. Ibubapa-ibubapa Murid SKBTP dijemput hadir ke mesyuarat ini. Kehadiran ibubapa-ibubapa sangat dialu-alukan. 

Murid Cemerlang UPSR 2011 yang memperolehi 5A dan 4A juga dijemput hadir untuk memeriahkan majlis mesyuarat ini nanti dan menerima penghargaan daripada PIBG SKBTP Sesi 2011/12. Berikut adalah lampiran surat makluman yang telah diedarkan kepada murid-murid dalam minggu ini.


Kerjasama tuan-puan dalam menghadiri mesyuarat ini sangat dialu-alukan dan dihargai.

Kejohanan Merentas Desa SK Bandar Tasik Puteri 2012

Kejohanan Merentas Desa SK Bandar Tasik Puteri 2012 telah diadakan pada Hari Jumaat 13 Januari 2012. Penglibatan terutama murid-murid Tahap 2 yang terdiri Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 2012. Seramai 1200 orang murid terlibat dalam acara ini.
Antara kategori pertandingan yang diadakan adalah seperti berikut :
          a) Lelaki Tahun 4
          b) Perempuan Tahun 4
         c) Lelaki Tahun 5
        d) Perempuan Tahun 5
        e) Lelaki Tahun 6
        f) Perempuan Tahun 6
Seramai 20 orang penerima pingat bagi setiap kategori, kategori Berpasukan dan Kategori Keseluruhan. Johan Keseluruhan Merentas Desa SK Bandar Tasik Puteri disandang oleh Rumah Merah yang mendahului rumah-rumah sukan yang lain seperti Rumah Hijau, Rumah Biru, Rumah Ungu dan Rumah Kuning.
Pencapaian pada tahun ini sangat memberangsangkan dengan persaingan yang ditunjukkan oleh para peserta. Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Semoga pencapaian ini akan diteruskan dalam Kejohanan Sukan Tahunan SK Bandar Tasik Puteri yang akan diadakan selepas bulan Jun nanti. Syabas...





Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by ZHAFRAN STUDIO | Bloggerized by SKBTP - Premium Designer | Best Design Rates