Rabu, 18 Januari 2012

Kejohanan Merentas Desa SK Bandar Tasik Puteri 2012

Kejohanan Merentas Desa SK Bandar Tasik Puteri 2012 telah diadakan pada Hari Jumaat 13 Januari 2012. Penglibatan terutama murid-murid Tahap 2 yang terdiri Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 2012. Seramai 1200 orang murid terlibat dalam acara ini.
Antara kategori pertandingan yang diadakan adalah seperti berikut :
          a) Lelaki Tahun 4
          b) Perempuan Tahun 4
         c) Lelaki Tahun 5
        d) Perempuan Tahun 5
        e) Lelaki Tahun 6
        f) Perempuan Tahun 6
Seramai 20 orang penerima pingat bagi setiap kategori, kategori Berpasukan dan Kategori Keseluruhan. Johan Keseluruhan Merentas Desa SK Bandar Tasik Puteri disandang oleh Rumah Merah yang mendahului rumah-rumah sukan yang lain seperti Rumah Hijau, Rumah Biru, Rumah Ungu dan Rumah Kuning.
Pencapaian pada tahun ini sangat memberangsangkan dengan persaingan yang ditunjukkan oleh para peserta. Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Semoga pencapaian ini akan diteruskan dalam Kejohanan Sukan Tahunan SK Bandar Tasik Puteri yang akan diadakan selepas bulan Jun nanti. Syabas...






0 ulasan:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by ZHAFRAN STUDIO | Bloggerized by SKBTP - Premium Designer | Best Design Rates