Selasa, 27 September 2011

PERSEMBAHAN KOMPANG SKBTP 2011



Pasukan Kompang Sekolah telah dijemput untuk membuat persembahan Sempena Sambutan Hari 1 Malaysia di INTAN, Bukit Kiara....Program yang dianjurkan ini merupakaan salah satu aktiviti yang disambut setiap tahun. Pada tahun ini Pasukan Kompang Sekolah telah terpilih diikuti oleh 2 buah sekolah yang lain iaitu SK Sungai Kertas dan SK Jalan 4, Bangi.
Seramai 16 orang peserta yang telah dilatih dan dibimbing oleh guru iaitu Pn. Mastura Harun dan Pn. Zainam Hashim. Persembahan mereka telah menerima tepukan gemuruh oleh para penonton yang berada di situ yang mana mereka juga adalah peserta perbarisan bagi sambutan tersebut.
Pasukan Kompang Sekolah telah mengharumkan nama sekolah dengan menunjukkan persembahan terbaik, tahniah diucapkan. Semoga ianya memberi inisiatif kepada murid-murid lain untuk terus menunjukkan bakat yang ada dalam diri mereka.
Diakhir majlis, pihak penganjur telah menyampaikan Sijil Penghargaan dan diwakili oleh Pn. Mastura menerima sijil tersebut. Terima Kasih Sekali lagi kami ucapkan kepada para Pasukan Kompang Sekolah.

Isnin, 26 September 2011

PROGRAM BACA-RIA PIBG SKBTP 2011




Pihak PIBG dan Pihak sekolah dengan ini memohon maaf kepada ibubapa atas kelewatan makluman bahawa Program Penutupan Majlis Baca-Ria yang dirancang pada 24 September 2011 ( Sabtu ) telah ditunda pada 08 Oktober 2011 ( Sabtu )
Majlis penutupan ini akan dikenali dengan nama Majlis Anugerah Program Baca-Ria SKBTP 2011 yang akan diadakan di Dewan Persada Gemilang SKBTP.
Sebarang kelewatan makluman ini bukanlah disengajakan. Oleh yang demikian, permohonan maaf yang tidak terhingga atas makluman yang terlewat ini.
Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi En. Mazly Shah, setiausaha PIBG SKBTP 2011/12 ditalian
013 6281882

Rabu, 7 September 2011

KELAS-KELAS YANG DIREHATKAN SEMPENA PEPERIKSAAN UPSR 2011

Berikut adalah senarai Tahun yang direhatkan sempena Peperiksaan UPSR yang akan diadakan bagi Tahun ini.
Oleh itu, diharap ibubapa dapat mengambil maklum akan perkara ini. Kerjasama ibubapa diucapkan ribuan terima kasih.

Isnin, 5 September 2011

PROGRAM BACA-RIA PIBG SKBTP 2011


PERATURAN DAN PEMILIHAN PEMENANG
PROGRAM BACA-RIA PIBG SK BANDAR TASIK PUTERI 2011

1.TARIKH PERLAKSANAAN

 1.1 :  Tarikh kutipan derma melalui kad dan aktiviti membaca bermula     dari        1 JULAI hingga 25 OGOS 2011. Tempoh aktiviti adalah selama  sebulan lebih.

 2. PENYERTAAN

 2.1: Syarat-syarat Penyertaan

 2.1.1 Penyertaan adalah terbuka bagi semua murid–murid SK Bandar Tasik Puteri .

 2.1.2 Semua murid dimestikan  membeli sekurang-kurangnya sebuah buku sinopsis untuk menulis ringkasan cerita. Iaitu buku Khas Nilam untuk Program Baca-Ria – aktiviti Bulan Julai hingga Ogos sahaja.

2.1.3Murid-murid akan dibekalkan dengan sekeping Kad Kutipan Derma. Hanya ibu bapa / penjaga yang wajib membuat kutipan.

2.1.4     Murid-murid yang telah melengkapkan buku sinopsis boleh    menambah buku tersebut dengan membelinya di Pusat Sumber Sekolah sebanyak  RM1.50 sebuah

 2.1.5 Tempoh pertandingan membaca dan menulis sinopsis  adalah bermula pada 01 Julai  2011 hingga  22 Ogos 2007.

2.1.6 Semua buku sinopsis dan kad kutipan akan dikumpulkan semula dan diserahkan kepada guru kelas pada 22 Ogos 2007 untuk proses pemilihan pemenang. Keputusan ahli panel adalah muktamad.

2.1.7  Keputusan pertandingan dan majlis penyampaian hadiah akan    diadakan pada hari penutup iaitu pada 24 September 2011


2.1.8  Isi maklumat buku dengan lengkap, kemas dan betul ejaan/tanda baca.

2.1.9 Jujur dalam melaksanakan aktiviti bacaan  ( benar-benar membaca. )

2.1.10  Ibubapa perlu menandatangani buku dan menulis nama di setiap helaian buku bacaan – Buku Nilam Khas Baca-Ria PIBG SKBTP  tersebut.

2.1.11  Boleh membaca buku Bahasa Inggeris ataupun  Bahasa Melayu. 


 3. KEHILANGAN KAD KUTIPAN BACATHON

     3.1  Jika berlaku kehilangan kad, sila buat laporan polis dan maklumkan kepada guru kelas.

     3.2 Setiap kehilangan, bayaran denda yang dikenakan ialah RM50.00 bagi satu kad.


4.   PEMILIHAN PEMENANG

4.1  Kategori Pemenang
4.1.1      :  Hadiah Utama 2 buah netbook untuk 2 tahap.

4.1.2      : Murid-murid membaca buku paling banyak mengikut aliran – 6 buah basikal

4.1.3      : 10 hadiah bagi pembaca terbanyak mengikut aliran :
i.   Tahun 1    -     10 pemenang
ii.  Tahun 2    -     10 pemenang
iii.  Tahun 3    -    10 pemenang
iv. Tahun 4    -     10 pemenang
v.  Tahun 5    -     10 pemenang
vi. Tahun 6    -     10 pemenang

4.1.4      :  3 hadiah saguhati  membaca bagi setiap kelas

4.1.5      : 10 penerima hadiah Kutipan derma terbanyak melalui kad kutipan Baca-Ria

4.1.6      : Kutipan RM100 ke atas murid layak menerima hadiah misteri

*Kutipan RM 400 ( Ringgit Malaysia Empat Ratus ) layak menerima hadiah   khas.

Maka dengan itu, pihak PIBG SKBTP dengan ini memohon kepada ibubapa / Penjaga agar dapat memulangkan kad-kad kutipan seberapa segera kepada guru-guru kelas anak masing-masing. 

Majlis Penutupan Program ini akan diadakan pada 24 September 2011 ( Sabtu ) bermula jam 8.00 pagi. Semua ibubapa/Penjaga dan murid-murid dijemput hadir untuk memeriahkan lagi majlis penutupan ini. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Cikgu Mazly 0136281882

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by ZHAFRAN STUDIO | Bloggerized by SKBTP - Premium Designer | Best Design Rates