Selasa, 27 September 2011

PERSEMBAHAN KOMPANG SKBTP 2011



Pasukan Kompang Sekolah telah dijemput untuk membuat persembahan Sempena Sambutan Hari 1 Malaysia di INTAN, Bukit Kiara....Program yang dianjurkan ini merupakaan salah satu aktiviti yang disambut setiap tahun. Pada tahun ini Pasukan Kompang Sekolah telah terpilih diikuti oleh 2 buah sekolah yang lain iaitu SK Sungai Kertas dan SK Jalan 4, Bangi.
Seramai 16 orang peserta yang telah dilatih dan dibimbing oleh guru iaitu Pn. Mastura Harun dan Pn. Zainam Hashim. Persembahan mereka telah menerima tepukan gemuruh oleh para penonton yang berada di situ yang mana mereka juga adalah peserta perbarisan bagi sambutan tersebut.
Pasukan Kompang Sekolah telah mengharumkan nama sekolah dengan menunjukkan persembahan terbaik, tahniah diucapkan. Semoga ianya memberi inisiatif kepada murid-murid lain untuk terus menunjukkan bakat yang ada dalam diri mereka.
Diakhir majlis, pihak penganjur telah menyampaikan Sijil Penghargaan dan diwakili oleh Pn. Mastura menerima sijil tersebut. Terima Kasih Sekali lagi kami ucapkan kepada para Pasukan Kompang Sekolah.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by ZHAFRAN STUDIO | Bloggerized by SKBTP - Premium Designer | Best Design Rates