Ahad, 2 Oktober 2011

PERUBAHAN TARIKH MAJLIS ANUGERAH BACA-RIA PIBG SKBTP 2011


Pada hari Jumaat 30hb. September 2011, Jam 3.30 petang Jawatankuasa PIBG dan Jawatankuasa Pelaksana Majlis Anugerah Baca-Ria telah bersetuju sebulat suara untuk mengadakan Majlis Anugerah Baca-Ria pada 07hb. Oktober 2011 ( Jumaat ) bermula pada jam 7.30 pagi di Persada Ilmu SK Bandar Tasik Puteri. ianya telah diawalkan sehari atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Permohonan maaf atas perubahan yang dilakukan ini.

Majlis ini diadakan adalah untuk menyampaikan penganugerahan kepada murid yang telah berjaya Membaca Buku paling banyak sepanjang Program Baca-Ria PIBG SKBTP dijalankan. Selain itu juga, Majlis ini juga menyampaikan hadiah kepada murid yang telah berjaya mengumpul wang yang paling banyak ( melalui ibubapa )  dalam program yang sama dengan menggunakan Kad Baca-Ria PIBG SKBTP.

Semoga program ini dapat memberi semangat kepada murid-murid lain supaya lebih kan budaya membaca kerana budaya ini memberi banyak manfaatnya. Bahkan, bak kata pepatah "Kalau Tidak Dipecahkan Ruyung Manakan Dapat Sagunya" serta " Usaha Tangga Kejayaan"

0 ulasan:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by ZHAFRAN STUDIO | Bloggerized by SKBTP - Premium Designer | Best Design Rates