Baru-baru ini, Pasukan VICO telah datang ke sekolah SK Bandar Tasik Puteri. Penglibatan hanyalah murid-murid Tahap 1 iaitu Murid Tahun 1, Murid Tahun 2 dan Murid Tahun 3.
Penerangan mengenai VICO telah menarik minat murid-murid dengan mengadakan aktiviti kuiz yang disediakan oleh pihak Pasukan VICO. Selain itu, murid-murid lebih berasa sangat seronok apabila menjawab jawapan dengan betul mereka akan memperolehi hadiah cenderahati iaitu VICO itu sendiri.
Murid-murid juga berkesempatan menikmati minuman VICO yang disediakan oleh Pasukan VICO yang hadir pada hari tersebut.
Kedatangan Pasukan VICO ini telah memberi info-info kesihatan yang berkaitan dengan minuman VICO dan khasiatnya. Ini secara tidak langsung memberi ilmu pengetahuan kepada murid-murid....bak kata pepatah sambil menyelam minum VICO........



0 ulasan:
Catat Ulasan