Rabu, 21 Disember 2011

HARI ANUGERAH CEMERLANG SKBTP 2011

Hari Anugerah Cemerlang SKBTP 2011, telah diadakan di Dewan Persada Gemilang pada hari Khamis 17 November 2011 bermula jam 7.45 pagi. Perasmian telah dilakukan oleh Yang Berbahagia En. Ahmad Kamal mewakili Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kuang. Turut hadir pada hari tersebut ialah Yang Di Pertua PIBG SKBTP sesi 2011/12 iaitu En. Zaidy b. Abdul Talib dan ahli jawatankuasa PIBG seperti Naib Yang Di Pertua En. Muhammad Anuar, Pn. Dayang Nafisah, En. Mazlan, En. Zulhisham, Pn. Siti Zubaidah, dan En. Hairudd...

Ahad, 20 November 2011

MAJLIS PENYERAHAN WANG BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 2012 SKBTP DAN SMKBTP

Majlis Penyerahan Wang Bantuan Khas Awal Persekolahan 2012 yang telah diadakan di Dewan Persada Gemilang pada 16 November 2011 ( Rabu ). Majlis ini disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Abdul Shukur bin Haji Idrus, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kuang pada jam 2.00 petang. Guru Besar SKBTP dan Pengetua SMKBTP juga bersama-sama menjayakan Majlis Penyerahan Wang Bantuan Khas ini. Majlis ini adalah majlis yang diadakan bagi menyerahkan wang bantuan khas RM100 kepada ibubapa-ibubapa murid SK Bandar Tasik Puteri dan juga Murid-murid SMK Bandar Tasik Puteri. Penyerahan Wang Bantuan Khas ini berlangsung selama 3 hari seperti berikut : * Tahun 5      Jam 10.30 pagi - 01.00 petang          ...

Selasa, 15 November 2011

KARNIVAL PIBG SKBTP 2011

Karnival PIBG SKBTP 2011 yang telah diadakan pada 12 November 2011. Bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 2.30 petang. Antara aktiviti dijalankan pada hari tersebut adalah seperti berikut :                                         Aktiviti Senamrobik                                          Persembahan Demonstrasi                                               ...

Isnin, 14 November 2011

BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM100.00 KEPADA MURID

BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM100.00 KEPADA MURID Tarikh / Hari Masa Kelas / Tahun 16 November 2011  ( Rabu ) 10.30 pagi – 01.00 petang Tahun 5 01.10 petang  – 03.00 petang Tahun 1 17 November 2011  ( Khamis ) 10.30 pagi – 01.00 petang Tahun 6 01.10 petang – 03.00 petang Tahun 2 18 November 2011 ( Jumaat ) 10.30 pagi – 01.00 petang Tahun 4 02.00 petang – 03.00 petang Tahun 3 ·        -  Ibubapa mesti hadir mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan untuk menerima bantuan khas tersebut.·       -  Kelayakan adalah kepada warganegara Malaysia saha...

Rabu, 2 November 2011

KARNIVAL PIBG SKBTP 2011

Karnival PIBG SKBTP 2011 anjuran Persatuan Ibubapa dan Guru Sesi 2011/12 akan diadakan pada 12hb November 2011 bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 2.00 petang. Ibubapa dan Murid-murid SKBTP dijemput hadir memeriahkan lagi karnival ini. Perjumpaan ini juga secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan antara ibubapa, murid-murid, guru-guru dan Jawatankuasa PIBG Sesi 2011/12. Semoga program ini memberikan impak yang besar kepada sekolah ini. JADUAL AKTIVITI PROGRAM YANG DIRANCANGKARNIVAL PIBG SKBTP 2011 7.30 Pagi                     :           Kehadiran Para Tetamu7.45 pagi                    ...

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK PERINGKAT SEKOLAH SKBTP 2011

Sambutan Hari Kanak-Kanak SKBTP 2011 peringkat sekolah telah diadakan 06 Oktober 2011 ( Khamis ). Aktiviti ini telah diadakan secara berasingan iaitu Sesi Pagi bermula jam 7.35 pagi dan Sesi petang bermula jam 4.00 petang. ...

MAJLIS ANUGERAH BACA-RIA PIBG SKBTP 2011

Majlis Anugerah Baca-Ria PIBG SKBTP 2011 telah diadakan pada 07 Oktober 2011 ( Jumaat ). Majlis ini merupakan satu majlis penganugerahan kejayaan para murid yang telah berjaya dalam kategori paling banyak membaca dan paling banyak kutipan yang telah dibuat sepanjang Program Baca-Ria dijalankan. Berikut adalah pemenang-pemenang bagi 2 kategori : Pemenang Pembaca Paling Banyak Tahap 1 - Sebuah Netbook Adik Farah Afiqah bt. Nuruk Hisham Tahun 3 Dedikasi Pemenang Pembaca Paling Banyak Tahap 2 - Sebuah Netbook *Mohamad Zamir Arif b. Mohamad Zaimi Tahun 5 Bestari Pemenang Kutipan Kad Baca-Ria Terbanyak - Sebuah Netbook *Nur Alisha bt. Abdul Ali Tahun 5 Rajin Pemenang Pembaca Paling Banyak - Sebuah Basikal Setiap Seorang *Tahun 1 - Nur Mirza Shahmina...

Ahad, 2 Oktober 2011

PERUBAHAN TARIKH MAJLIS ANUGERAH BACA-RIA PIBG SKBTP 2011

Pada hari Jumaat 30hb. September 2011, Jam 3.30 petang Jawatankuasa PIBG dan Jawatankuasa Pelaksana Majlis Anugerah Baca-Ria telah bersetuju sebulat suara untuk mengadakan Majlis Anugerah Baca-Ria pada 07hb. Oktober 2011 ( Jumaat ) bermula pada jam 7.30 pagi di Persada Ilmu SK Bandar Tasik Puteri. ianya telah diawalkan sehari atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Permohonan maaf atas perubahan yang dilakukan ini. Majlis ini diadakan adalah untuk menyampaikan penganugerahan kepada murid yang telah berjaya Membaca Buku paling banyak sepanjang Program Baca-Ria PIBG SKBTP dijalankan. Selain itu juga, Majlis ini juga menyampaikan hadiah kepada murid yang telah berjaya mengumpul wang yang paling banyak ( melalui ibubapa )  dalam program...

VICO......Selamat Datang....

 Baru-baru ini, Pasukan VICO telah datang ke sekolah SK Bandar Tasik Puteri. Penglibatan hanyalah murid-murid Tahap 1 iaitu Murid Tahun 1, Murid Tahun 2 dan Murid Tahun 3. Penerangan mengenai VICO telah menarik minat murid-murid dengan mengadakan aktiviti kuiz yang disediakan oleh pihak Pasukan VICO. Selain itu, murid-murid lebih berasa sangat seronok apabila menjawab jawapan dengan betul mereka akan memperolehi hadiah cenderahati iaitu VICO itu sendiri. Murid-murid juga berkesempatan menikmati minuman VICO yang disediakan oleh Pasukan VICO yang hadir pada hari tersebut. Kedatangan Pasukan VICO ini telah memberi info-info kesihatan yang berkaitan dengan minuman VICO dan khasiatnya. Ini secara tidak langsung memberi ilmu pengetahuan...

Pages 61234 »
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by ZHAFRAN STUDIO | Bloggerized by SKBTP - Premium Designer | Best Design Rates