Majlis Penyerahan Wang Bantuan Khas Awal Persekolahan 2012 yang telah diadakan di Dewan Persada Gemilang pada 16 November 2011 ( Rabu ). Majlis ini disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Abdul Shukur bin Haji Idrus, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kuang pada jam 2.00 petang. Guru Besar SKBTP dan Pengetua SMKBTP juga bersama-sama menjayakan Majlis Penyerahan Wang Bantuan Khas ini.
Majlis ini adalah majlis yang diadakan bagi menyerahkan wang bantuan khas RM100 kepada ibubapa-ibubapa murid SK Bandar Tasik Puteri dan juga Murid-murid SMK Bandar Tasik Puteri. Penyerahan Wang Bantuan Khas ini berlangsung selama 3 hari seperti berikut :
* Tahun 5 Jam 10.30 pagi - 01.00 petang Rabu ( 16 November 2011 )
* Tahun 1 Jam 01.10 petang - 03.00 petang Rabu ( 16 November 2011 )
* Tahun 6 Jam 10.30 pagi - 01.00 petang Khamis ( 17 November 2011 )
* Tahun 2 Jam 01.10 petang - 03.00 petang Khamis ( 17 November 2011 )
* Tahun 4 Jam 10.30 pagi - 01.00 petang Jumaat ( 18 November 2011 )
* Tahun 3 Jam 2.00 petang - 3.00 petang Jumaat ( 18 November 2011 )
Majlis penyerahan ini berjalan dengan lancar sehingga hampir keseluruhan kelas dapat diserahkan dengan baik.